Pilihan raya Presiden Afghanistan 2004

Pilihan raya Presiden Afghanistan 2004 diadakan pada 9 Disember 2004. Pilihan raya ini di bawah pemantauan tentera Amerika Syarikat yang mahu sistem pemerintahan demokrasi dilaksanakan di Afghanistan dan menamatkan pengaruh Taliban . Hamid Karzai yang disokong oleh Amerika Syarikat memenangi pilihan raya itu dengan 55.4% undi . 12 calon lain hanya mendapat 1% undi sahaja. 3/4 penduduk Afghanistan atau 10 juta pengundi berdaftar telah keluar mengundi. Pilihan raya diselia ini diselia oleh Badan Pengurusan Bersama Pilihan Raya dipengerusikan oleh Ray Kennedy.

Beberapa tuduhan penipuan diedarkan pada hari pilihan raya.15 calon mengumumkan mereka memulaukan pilihan raya. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengumumkan penubuhan panel 3 orang untuk menyiasat ketidakadilan yang dikatakan berlaku. Panel itu termasuk bekas diplomat Kanada,pakar pilihan raya Sweden dan seorang dari Kesatuan Eropah.

Tarikh pilihan raya dirancang pada 5 Julai 2004. Kemudian ditunda ke bulan September dan Oktober. Dua calon akan dilantik sebagai naib presiden.Calon dipilih dari tiga etnik utama di Afghanistan.Ini adalah pilihan raya pertama berdasarkan sistem demokrasi. Pada 1965 dan 1969 pilihan raya perundangan pernah diadakan tetapi pilihan raya itu dipertikaikan.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search